Wednesday, July 2, 2014

Trip to Tawau - Semporna - Mabul JUN 2014

Hola hola......

Gigih hari ini macam takde koje duk hupdate belog  ni jer....korang jangan nak muntah pulak baca belog aku ni yer.... ok sesapa yang terlepas post sebelum ini, sila klik  SINI

Tahun ini aku memang dah niat nak berjalan-jalan sempena habis study.. Dulu tak bole kena tengok jadual stdy tapi sekarang da MERDEKA.... jom kita enjoyyyyy (bak kata Nora Danish)....^_____________^
ni last trip sebelom Puasa iatu ke Mabul Island. Aku asyik baca post tentang Mabul je tapi tak tahu rupa mabul yang sebenar...

Dengan menaiki pesawat MAS (wahh kayo pakcik mampo naik MAS)... sebenarnya tiket ni da setahun beli tapi baru dapat terbang. tiket inilah paling MAHAL di antara semua pengembaraan aku tapi murah dan berbaloi hanya RM300 shj. percutian kali ini selama 4H3M sahaja dan bajet adalah RM1000


12/6/2014
Bertolak dari KLIA (first time naik flight kat sini memang awesome) penerbangan MH2660 tepat 7.25am dengan masa perjalanan selama 2jam30minit ke Tawau.

1015 am tiba di Tawau Aiport. airport tawau tak la sebesar KK kerana ini airport kecil shj. Naik taxi untuk ke Tawau city (30minit). dan mengambil bus Tonglun utk ke Semporna (1jam30minit). Tapi malangnya bus sudah terlepas maka naik Kereta Sapu jer lagi murah RM10.00

Tepat 1.30pm sampai di Semporna, tunggu bot untuk ke Mabul jam 2.00pm. perjalanan dari Jetty Semporna ke Mabul memakan masa sejam.Nasib baik saya dah booking dengan SCUBA JEFF.
Pakej 3H2M all in (boat transfer semporna-mabul, 3x snorkeling,lunch,dinner,breakfast dan accomodation) only RM500.00 memang worth it.

13/6/2014
Aktiviti di Mabul island shj


14/6/2014
Check out dari Pulau untuk ke Tawau. Tido semalam di Tawau sebab nak berjalan-jalan sambil cuci mata di sini. Sekiranya flight anda pagi better tido di Tawau kerana hanya 30min dari airport. takde la korang terkejar-kejar nanti. lagipun byk tempat menarik di tawau yang WAJIB korang lawati.. Check in hotel di Tawau hanya RM58/nite

15/6/2014
Pusing2 di Pasar Gantung, Pssar Tanjung. sempat lagik membeli cenderamata kat sini. Lagi satu kat Pasar Tanjung barangan seoerti ikan bilis, udang kering, ikan masin memang murahhhhhhhh sesangat.Abes jugak duit aku kat sini. Tghari check out, back to airport flight pukul 6.30pm. Sampai di KL tepat pukul 9.00 mlm. Sampai airport terkejar-kejar ERL ke KL sentral, Komuter ke Sg buloh.. Sampai rumah tepat 12.00mlm dan esok aku kerjaaaaaaaaa memang ponat la koooooooo tapi aku MC akhirnya....

Cukupla coretan perjalanan backpackers yang bajet ciput nie.. korang layan la pic yg aku snap pakai ipon 5 nie je.. Tak mampo nak beli Go pro.....huhhuuu


 Naik ERL ko tambang (RM35)
 Penerbangan MH2660
 Breakfast Nasi Lemak Lengkap bukan Telanjang opss
 Masjid Tawau
 Stesen Bus Tawau
 Perjalanan ke Semporna hanya bertemankan Kelapa Sawit jer
 Selamat Datang Semporna
 Scuba Jeff memang terbaikkkk lokasi: depan Giant
 Kawan satu bot (yg belakang berjambang tu pelakon Dunia Baru..ko knal x???)
 We are Here - Mabul Island
sunset..

 Ketam dan Lobster di jual oleh Penduduk kg memng murah.. kalo pandai tawar menawar lagi murahhh
Bayangkan Ketam tu semua RM20.00 Lobster range RM50-100.00) gler la murahhhhh makan sampai muntah ko. Dan bole suruh chalet masak kan dan caj hanya RM20.00
 I'm ready to snorkerling - Mat saleh tu pon nak selfie jugak
 tengok.... air dia mcam crystal,jernih 
 Staf Scuba jeff - aktiviti melawat Kg Bajau (lupe nama diorg ni)

 Ni lah cowok ganteng heheeh  - belakang tu kapalai
 Breakfast, luch, dinner di sini dan paling best tido di Hammock..


sempat nak selfie time snorkeling...tu penting OK
 Batu Karang ketika snorkeling
 Antara chalet yang terdapat di Mabul
 Nice view
 Anak-anak Bajau Laut
 Tq staff scuba Jeff mmg friendly. u feel like Family
 Semporna Town
Hotel di Tawau berdekatan Pasar Gantung
 Wajib rasa sayap Bakar kalau pergi Tawau
 Nasi Goreng Lalap
Tq kak Asnita for this Dinner.. mmg kenyang giler
Antara barang yang dijual di Pasar gantung
Nasi Kuning. Wajib Rasa. memang terbaik!!!!
 Kalau ke Pasar Tanjung singgah ke Gerai ni kerana murah dan makcik ni pon baik siap sedekah ikan masin lagik...
 Pasar Tanjung
 Pasar Ikan
Seafood memang murah giler2
 Cantik sgt ikan xsanggup nak makan
Ni Pasar Minggu hanya Hari Ahad je beroperasi..
Tiket Balik
My Travel Buddies jumpa Kat Scuba Jeff - Saifuddin
Penerbangan pulang MH2662




P/s: sekiranya ingin melancong ke Pulau pastikan baju yang dibawa adalah jenis mudah kering dan jangan lupe sunblock okey. Sini panas nnt sunburn muka uols.. Terbakar muka aku pasni nak rendam dalam susu.... Enjoy ur Trip!!!!

No comments: