Friday, June 24, 2011

“Contez “Saya kenal sangat si Hakim tu””






Siapa Hakim tu??? Anda kenal siapakah HAKIM....Adakah HAKIM yang duduk di MAHKAMAH??? atau NORMAN HAKIM yang bertunang dengan Mimey....

Ini bukan la HAKIM yang aku nak ceritakan di atas tu tapi ini HALIM is MIKAH...berdasarkan kajian yang telah aku lakukan kepada 1000 followernya di mana semua questionaire yang telah aku edarkan setelah aku +  (tambah) - (tolak)  x (darab) / (bahagi) kuasa 2,3 dan sebagainya dapatlah aku rumuskan, simpulkan dan aku terjemahkan kepada korang semua bahawa si HAKIM ini adalah :

1.  Hensem giler...
 2.  Sangat perasan
  3.   suka mencaPub tahap gaban Ultraman
    4.    dan paling aku menyampah POYO"S tahap gaban..gaban pun tak macam dia...hahahaha




So, kepada HAKIM is MIKAH ni pesanan aku kepada ngko :

- Jangan berhenti menulis blog...kalau tak aku akan bosan sebab hari2 aku bukak blog ko..cuma ko je xbukak blog aku..  :(

- U r Gud in keep it up....Gud Luck




TAG: aku xreti la mcm mana nak letak tag nama orang..failed so aku bagi link je bole tak???

http://intanberlian87.blogspot.com/

http://zunitaseriously.blogspot.com/

http://azfar9897.blogspot.com/


:::: Semua ni adalah ikhlas dari lubuk hati nuraniku, tiada unsur-unsur fitnah dan rasuah yang ditonjolkan dalam penulisan ini...SEKIAN..PEACE ^_^



p/s: Harap2 leh menang ye...penat den duk nulis ni sampai keje pon xsiap lagi..heheeh  :)

Sambungan entri CINTA MELODY

hye guys.....

Ok..ari ni aku nak sambung entri smlm pasal sinetron CINTA MELODY,...semalam episod kemuncak so mesti ramai yg tengok dengan keadaan yang sedih sampai menitiskan air mata kan..betul tak? korang jangan tipu... aku tak nangis ok...

Finally Melody memilih Raffi dari Elang dan juga dapat berjumpa dengan ayah kandungnya FAJAR a.k.a Pak Bharata... so sweeettttttttt....tapi aku suka lagi kalau dia pilih Elang..heheehhe....yes da habis so tgu sinetron terbaru plak...




P/s: Jangan lupa layan NIKITA @ TV9.....

Wednesday, June 22, 2011

Kemuncak CINTA MELODY

Salam semua....

Salam khamis...ari ni aku pakai Baju Batik Indon yg br siap ..hehehe..Ko hado???

Salah la mukadimah...nak cite pasal CINTA MELODY....ari ni kemuncaknya...selama 36 episod aku duk gler melayan setiap isnin - jumaat 6.30 - 7.30pm di ASTRO RIA 104......memula aku x layan cite2 indon ni konon2nya boikot la..sebab cite diorg ni kuat merepek merepu meraban....Last2..aku lah peminat setia sinetron indonesia..abis sume cite aku layan..korang taw apa sebab aku layan...:

1- Hero & heroin ensem & kiut
2- Kadang2 cerita diorg membuatkan aku sedeh dan geram bangat..rasa mcm aku lak pelakonnya...
3 - Jln cerita yg bagus TAPI ada gak cerita yg macam xlogik jew....

Jgn lupe saksikan ptg ni Episod Kemuncak yea ^_^

NI BAJU BATIK BARU..HAHAHAH





p/s: Raffi or Elang pilihan Melody???

Monday, June 20, 2011

Aku di kala keBOSANan.....

Time cm ni kat opis orang semua da pergi lunch..aku duk ngadap PC opis ni apalgi buat keje haram la..opsss keje HALAL...layari laman web..hahahaha...

Perkara wajib :

1- bukak FB
2- Bukak Twitter
3- Bukak Blog
4- bukak youtube
5- bukak redtube
6- bukak kosmo online

no 5- tu tipu je..aku budak baik tak tgk lucah-lucah yea... ^_^


Ok da kul 2 time sambung keje...bye2..korang jgn nak ngular yea cepat buat keje...hehehe





p/s: Buatlah kerja dengan ikhlas dan bersungguh-sungguh...

Thursday, June 16, 2011

Tahniah..Congrat's

Salam readers,..

Selamat pagi,,salam 1 Malaysia...semalam aku cuti busy menguruskan pasal pinjaman perumahan..Al - maklumlah nak bli umah katanya..RUMAH PERTAMAKU....

Out of topic plak..sebenarnya aku nak ucapkan tahniah kepada HAZIZ BIN ANUAR kerana telah mencatat sejarah dalam hidup iaitu lulus cemerlang bagi peperiksaan akhir semester 1/2011..hehehe.... lom grade lagi ye another 2.5 years lg to be graduation...

Aku berjanji akan berusaha lebih gegeh lagi untuk mencapai kejayaan di masa akan datang....Syukur kehadrat illahi..ALHAMDULILLAH....





p/s: Dapat anugerah Dekan tak??? plsssssssss

Tuesday, June 14, 2011

Kerja..Kerja..Kerja

Pemanggil : Hello, ni da bulan berapa, kenapa claim saya tak masuk - masuk lagi?


Aku : Bila hantar ke unit kewangan yea ?

Pemanggil : Da lama antar, kenapa xmasuk - masuk ni? duit tak de ke?


Aku : owh..boss xde g outstation la 2 minggu (Alasan tipu )


Pemanggil : Bila leh dapat nie ? (Nada marah )


Aku : tgu bos balik nnt da sign br kita proceed..

Pemanggil : DUSHHH......(hempas telefon dgn marah )


Ini lah kerja aku yg busy wat claim perjalanan staff.. walaupon tu keje hakiki ku tp byk ;gi keje sampingan lain yang kna aku bereskan..so pls understand me.. dont blame me and dont be angry...even gaji da masuk semalam pon ko da bising tnye claim...pls la..aku ni pon manusia gak..sabar boleh x?

Inilah tekanan aku di tempat kerja..Arghhhhhhhhhhhh.....bole buat darah aku naik pastu sakit dan pencen..duduk umah/wad...berbaloikah?? kerja bertahun2 demi negara tetapi kesan yang akan dapat akan kekal selamanya........

Dah2..nak sambung balik check claim perjalanan ni...PENING.........







p/s: Kena rajin bekerja atau buat2 rajin??

Monday, June 13, 2011

Pasti Berjaya di AKADEMI FANTASIA

Menuju puncak,gemilang cahaya....

mesti korang sume semalam happy + sedey tgk AF kan..aku peminat setia AF dr season 1 lg memang excited..korang nak tau, aku penah tgk konsert live final AF time MILA menang..tp time tu aku sokong dafi, tp syg kecundang sebelum konsert akhir..dan Pak Nil juga merupakan pengacara yg SUPERBBBBBB....

Malam td telah tercetus satu revolusi dimana HAZAMA telah memenangi JUARA AF dimana ini merupakan konsert AF yang terakhir...aku memang penyokong HAZAMA dan FINA...Kawtim...SASSU...

PUTRAJAYA, 12 JUN 2011: Selepas 5 tahun menanti untuk bergelar sebagai pelajar Akademi Fantasia (AF), penantian Hazama nyata amat bermakna apabila dia diumumkan sebentar tadi sebagai juara Akademi Fantasia musim ke-9 (AF9), sekali gus bergelar juara terakhir program realiti tersebut yang melabuhkan tirainya sebentar tadi dalam Konsert Final AF9.
Hazama atau nama sebenarnya, Hazama Ahmad Azmi, 26, mula menceburi AF sejak musim ke-4 namun hanya sempat hadir sebagai calon prelude. Namun, kejutan terbesar AF9 iaitu pengumuman Operasi Gugur di mana pelajar yang sedia ada akan digugurkan, dan dua calon baru dibawa masuk merupakan titik mula peluang kedua Hazama dalam program realiti paling popular di negara ini.
Bertempat di Dataran Putrajaya, Presint 3, Putrajaya sebentar tadi, nama Hazama diumumkan oleh hos, Aznil Haji Nawawi sebagai juara AF9 menewaskan tiga calon juara lain iaitu Lena, Fina dan Azri. Hazama menyampaikan lagu Pukau nyanyian asal Tomok dan persembahannya untuk lagu ini dihiasi kemunculan istimewa Lisa Surihani. Lagu keduanya adalah lagu yang dicipta khas sebagai singlenya sendiri bertajuk Cinta Teragung.
Kemenangan Hazama membolehkannya membawa pulang sebuah trofi sumbangan Astro, wang tunai RM 200,000, hamper serta wang tunai tajaan Power Root bernilai RM5000, dan sebuah kamera bernilai RM3299 tajaan Sony.
Lena atau nama sebenarnya, Lenaber Binti Haidir, 20, muncul naib juara AF9 dan menerima sebuah trofi sumbangan Astro, wang tunai RM50,000, hamper serta wang tunai bernilai RM2000 tajaan Power Root dan sebuah kamera bernilai RM1499 sumbangan Sony. Lena menyampaikan lagu Dunia nyanyian asal Bunkface dan lagunya sendiri Sisa Kisah Kita menyaksikan kemunculan istimewa Bintang Paling Popular 2010, Shaheizy Sam.
Fina, atau Nurshafinaz Binti Jebat, 18, peserta yang diserap masuk bersama Hazama memenangi tempat ketiga dan menerima sebuah trofi sumbangan Astro, wang tunai RM20,000, hamper serta wang tunai bernilai RM1000 tajaan Power Root dan sebuah kamera bernilai RM1499 sumbangan Sony. Fina mendendangkan lagu Satu Harapan nyanyian asal Jaclyn Victor di mana kakak dan adiknya tampil membuat persembahan bersama selain lagu singlenya sendiri, Menangis Lagi.
Seorang lagi finalis, Azri atau Mohd Azri Abdullah, 24, berada ditempat keempat dan membawa pulang sebuah trofi sumbangan Astro, wang tunai RM5000 serta sebuah kamera bernilai RM1499 tajaan Sony. Lagu untuk Azri adalah Ku Tak Bisa nyanyian asal Slank dan Niskala yang merupakan singlenya sendiri.
Konsert Final AF9 agak istimewa kerana menampil hos asal AF9, Aznil Haji Nawawi bersama bekas-bekas hos Akademi Fantasia iaitu AC Mizal, Jimmy Shanley dan Sarimah Ibrahim sebagai hos bersama. Pengkritik tetap AF9 iaitu Fauziah Datuk Ahmad Daud dan Hattan tampil bersama pengkritik jemputan yang juga bekas pengetua AF selama dua musim, Datuk Ramli MS.
Juara-juara lalu AF sejak musim pertama juga muncul dengan persembahan istimewa iaitu Vince, Zahid, Mawi, Faizal, Mila, Stacy, Hafiz kecuali Shahir yang mengalami kecederaan. Kumpulan yang dianggotai Pengetua AF9, Search juga tampil membuat persembahan dengan lagi Gothic Malam Eden, Isabella dan Pelesit Kota.
Akademi Fantasia musim ke 9 ini adalah musim terakhir setelah diterbitkan Astro buat kali pertama pada tahun 2003. Konsep program ini diambil dari program realiti Mexico, La Academia.

( sumber dari murai.com.my )





p/s: Pak Lang kawtim menang..aduhh gigi sakit gara2 sokong Hazama mlm td..huuuu