Tuesday, April 5, 2011

usop wilcha dan johan di abpbh 2011

Demam "KITA BAKO..KITA BAKO "..soley..soley....HKBK

Salam sume.. emtry ari ni pasal ABPH 2010 yang baru2 ni berlangsung di Arena of Stars, Genting Highlands..Walaupun aku xtgk live..duduk depan TV je tp kemeriahan dan kegamatan tu tetap kurasai..Kak Engku, Shiera dan Zizan memng the Best !!!

Part yg paling aku xtahan be4 nk umumkan siapa ARTIS PALING POPULAR dimana usop wilcha bersama johan memeriahkan lg kemuncak acara nie...hahahha..artis2 pun turut mengangkat tgn cam usop sebagai tanda setuju...(sambil memusing2 ).....

Part yg len - artis yg melaram..huhuu....i like baju FASHA SANDA pakai..very the classic...(tetibe lari tajuk pak)..ok2 fokus pada demam ABP..dimana perkataan KITA BAKO...KITA BAKO....telah menjdi perbualan hangat..sampai dilaman FB,TWITTER, mesti de yg ckopipes perkataan tue..aku pun suke..kalo aku marah dgn sumone aku akan ckp..kita bakor je..kita bako..hahahaha...

So sape xsempt tgk jom layan video nie..mmg D best...kita bako..kita bako...


p/s: Tahniah pada Shaheizy Sam..- adnan sempit der -

performance last CT cute - wonder ct -






PEMILIK nama Syed Mohamad Asri atau nama komersialnya Shy8 tidak pernah menjangka bahawa dia akan mengecapi populariti pada usia 46 tahun.

Dia juga tidak menyangka setiap langkahnya kini menjadi perhatian. Malah, tidak ada satu hari yang dilaluinya berlalu tanpa fotonya diambil bersama peminat sejak pecinta filem tempatan mula terpikat dengan watak Usop Wilcha lakonannya dalam filem Hantu Kak Limah Balik Rumah.

"Saya agak terkejut pada mulanya apabila saya keluar beli barang dapur di pasar raya ada mata-mata memerhati, senyum dan kemudian minta untuk bergambar dengan saya.

"Peminat juga memanggil saya dengan nama Usop Wilcha bukannya Shy8. Saya juga sudah terbiasa dengan panggilan Usop. Memang Usop lebih popular daripada Shy8.

"Reaksi yang saya terima itu tandanya peminat menghargai lakonan saya dalam filem itu dan saya berterima kasih atas sokongan mereka," katanya memulakan bicara.

Populariti yang diraihnya itu menandakan peminat filem Malaysia kini lebih menilai bakat dan impak lakonan.

"Saya muda lagi (ketawa). Saya ingatkan saya tidak dilihat, maklumlah saya jadi pelakon bila usia cecah angka 30-an. Sebenarnya faktor usia itu jangan dikira, populariti serta perhatian akan datang, jika lakonan yang diberi menyentuh hati penonton," jawabnya.

Sambung bapa kepada Syed Caliph Umar, 8 bulan dan suami kepada Noorafiza Abdul Aziz, 28, dia juga tidak menyangka filem Hantu Kak Limah Balik Rumah yang sepatutnya menjadi filem terakhirnya merupakan permulaannya untuk kembali ke gelanggang seni.

SHY8 bersama isteri, Noorafiza dan anak mereka, Syed Caliph Umar.

"Kalau ikutkan saya tidak mahu berlakon lagi kerana mempunyai komitmen kerja tetap sejak empat tahun lalu. Tetapi disebabkan watak Usop ini merupakan kesinambungan daripada filem Zombi Kampung Pisang, saya berlakon juga.

"Bila lihat sambutan dan sokongan peminat, saya terpaksa tarik balik keputusan untuk berhenti berlakon tetapi saya buat secara sambilan sahaja," katanya yang memegang jawatan sebagai Pengurus Komunikasi Korporat syarikat Tanjung Offshore Berhad.

Tambah Shy8, dia juga bertuah kerana bakatnya dilihat oleh teman lamanya iaitu pengarah Mamat Khalid.

Malah dia juga mempunyai majikan yang memahami kerja seninya dan memberi kelonggaran untuknya berada di lokasi penggambaran setiap hujung minggu.

"Saya berterima kasih kepada pengarah Mamat Khalid yang bijak mewarnakan watak saya dan memahami komitmen kerja saya.

"Saya hanya boleh menjalani penggambaran setiap hujung minggu sahaja dan setakat ini saya selesa bekerja dengannya.

"Bukan tidak mahu kerja dengan pengarah lain tetapi saya bimbang kerana jadual saya akan mengganggu perjalanan penggambaran, jika mereka boleh terima syarat itu, boleh sahaja saya berlakon," tuturnya.

Terbaru, Shy8 baru sahaja selesai menjalani penggambaran sekuel filem Hantu Kak Limah Balik Rumah yang berjudul Husin, Mon dan Jin Pakai Toncit.

HANYA duduk di atas kerusi roda sambil melambaikan tangan seperti sedang menari, populariti Shy8 meledak dan dia kini dikenali sebagai Ucop Wilcha.

"Saya harap peminat filem tempatan akan terus menyokong industri perfileman tempatan dan juga menyokong filem terbaru Husin, Mon dan Jin Pakai Toncit.

"Bagaimana jalan cerita filem itu, peminat kena nantikan sendiri. Ia masih ada sentuhan filem Hantu Kak Limah Balik Rumah, cuma kali ini subjeknya berubah," ucapnya.

Sejarah seni Shy8

Ramai yang tidak tahu, sebelum Shy8 terjun ke bidang lakonan, dia terlebih dahulu bergelar penyanyi dan pernah melahirkan sebuah album yang berjudul Terasing Di Bumi Sendiri edaran syarikat rakaman Ambang Klasik pada tahun 1996.

Menyifatkan album yang mendapat sentuhannya sendiri secara keseluruhan sebagai album syok sendiri, hayat Shy8 sebagai penyanyi tidak bertahan lebih daripada setahun.

Selepas kecundang dengan album itu, dia mula bekerja secara bebas di sebuah syarikat pengiklanan demi kesinambungan hidup.

Sambil itu, dia mula berjinak-jinak dalam bidang lakonan, bermula dengan pelakon tambahan kepada pelakon yang mempunyai dialog. Tetapi dia tidak pernah diberi watak yang besar.

"Macam-macam kerja saya buat selepas saya tidak berjaya jadi penyanyi (ketawa). Saya buat album syok sendiri, siapa yang nak dengar.

"Tetapi saya tidak minat sangat untuk serius dalam lakonan, bagaimanapun semua itu berubah apabila saya membintangi filem Zombi Kampung Pisang, sejak itu saya kembali aktif berlakon.

"Jika Mamat Khalid tidak beri peluang kepada saya, saya tidak akan berada di sini. Mungkin sudah jodoh saya dengannya, dialah penggerak utama saya. Kami cukup serasi, sehingga hari ini saya sudah kenal dia selama 10 tahun," jelasnya.

::petikan dr KOSMO - 06/04/2011::



Monday, April 4, 2011

" Saya Mahu Header Percuma "

Salam..tgh xde keje kat opis..(walhal baucer byk nk semak atas meja) kah3x..duk melayan blog.blog korang sume..aku dtg nak terjah blog korang coz aku jarang update blog..aku suka tgk blog korang sebab cantik2 dan cute..walhal aku punya blog very LOVING2 (Jiwang ker??) - nak muntah aku dgr..hahaha *dush3x*

Dah nama pun blog aku DIARI HATIKU..so kna la love - love...hehehe...So ari ni tetiba aku terbaca ada contest ada header percuma saja nk try..mana taw kalo menang leh la aku "upgrade"kan lagi blog aku ni supaya follower aku leh berjuta2 cam korang..huahuahua..(sedey xramai follower) -walaupun de 4 org..aku still thanks to 4 follower coz tetap stay bersama blog aku nie yg kadang2 ntah apa2 aku post...(tu tgh bosan+ xde keje..) opss.. terlebih sudeh.....

to yiedpozi...tenkiu..harap2 sy terpilih..Muahahaahha...(kipas lebey sikit)..hehehe..