Saturday, January 31, 2015

Bekpek ke Kota Singa - Final





Sambungan dari part 3


Part 4: 2nd Day : misi ke Vivo City..

Ok aku kna tinggal bus bodoh punya bus. Ok hupdate balik belog nie.. Ok bus da sampai yeahhhh... Sekarang lepas imigresen nak balik Malaysia rindu sgt cewahhh mcm la jauh kann... Ok2 sambung cerita hari ke2. 

Tidor tak nyenyak kejap2 jaga maybe perubahan tempat kot dan first time tido dorm. Ok siap2 mndi terus check out dapat balik $20 yeahhh bole shopping. Hati dah berbunga bunga. Makan dulu sebab breakfast include ye rugi tak makan tapi biasalah roti bakar dan cereal jer. Tu dah ckup utk aku yg tgh diet katanyaaaa walhal lapaq nasiiiik.

Terus g Little India Mrt ambik tiket ke Harbourfront kerana Vivo city terkenal shopping centre terbesar dan vivo city jugak lah tempat nak naik monorel pergi sentosa resort/island /uss. Aku takpergi pon uss sebab dah pernah pergi. Sampai Harbourfront terus g vivo nak tgkap gambar dekat pokok X'mas unfortunately, diorg baru nak pasang huahuahuaa.. Tapi dapat jugak la bergambar ala2 X'mas tak jadi. 


Time for shopingggg.. Memandangkan aku hanya ade baki $20 dari deposit hostel, so aku nak soping apa eh? Tempat favourite cotton on ade sale tapi sume tak cantik. Proceed ke topman konon2 dapat la beli kasut mcm aku pakai sekarang ni murah je $19 tp hampa.. Kat KL pon xdapat harga tue uols.. Jalan-jalan and jalan tetiba ternampak H&M ohmaigod ade byk tulisan merah SALEeeee.. Apa lagi terus masuk ni memang favourite aku jugak nampak sweater murah $20 tapi bila pikir sweater da banyak so cari benda lain apa ye bajet $20.. Ko rasa apa dapat?? Jeng..jeng.... Aku dapat beli seluar jeans skinny $20 ok. Wahhhh hebat x saiz 28 tp stretchable. Ok deal byr dan take MRT back to Little India.

Misi untuk beli tiket express bus go to JB. Semalam da nampak kaunter ticket bus direct terus JB so anda xperlulah naik MRT ke Kranji and take bus sebab harga lebih kurang dan bus express lagi murah ok hanya $3 sampai terus larkin terminal. As usual sampai imigresen cop pasport semua dan kejar bus balik, tiba di Larkin Terminal tepat pukul 2pm. Call HB datang ambik lepak JB semalam.

HB msg suruh tgu di Larkin Terminal, sampai je trrus g Makan cari nasikkkk kerana kelaparan teramat ko. Ni baru sehari tak jumpa nasik kalo seminggu mau mati kelaparan. Hahahahah... Ok setel makan, kenyang terus g JPO misi cuci mata sahaja sebab duit da abes... 

13/12/2014: Back to KL

Flight Firefly retimed 1.40pm. Biasalah ni sepatutnya pukul 2pm tapi di awalkan. Ok aku pon da tak sabar balik ke rumah.. Tepat 2.45pm flight selamat mendarat ke Lapangan Terbang Subang... Yeahhhh i'm coming home... 

Sekian perjalanan ku merentas dua negara berbekal $32 ok bai.....

#backpackers #solotravel












Bekpek ke Kota Singa - Part 3





Hello readers..

Sekarang ni saya di Tawau baru je habis percutian ke Pulau Mabul.. Sebab de wifi free baru bole hupload entry baru. Trip ke Mabul 2.0 akan di muat turun kelak heheheeee..

Part 3: Misi mencari Footprint Hostel


Tepat 4.00pm sampai little india di sambut oleh hujan yang lebat. Ok aku da lost mana nak cari dickson road. Td aku kuar menuju A- Bkt Timah Road. Tgk dkt map xjauh tp aku tetiba blurr. Ok pesanan penaja jgn lupe bertanya kerana malu bertanya seaat jalan. Ok aku start la tanya minah india kekwat xnak, tya plak mamat cina lagi xnak jawab ciss kuang hajor cina nie. Aku da hilang arah. Then aku nmpk pasangan veteran cina try tanya. Hello sir, can you show me how go to dickson rd? Ok u straight and turn left looking the dickson road. Ok thanks sir. 

Langkah semakin laju kerana hari sudah hujan tapi malangnya selepas melintas hujan trun sgt lebat aku mampo berteduh di tepi2 kedai emas dan di penuhi dgn kaum india aku terasa berada di Jalan Brickfield,KL hahhaha cis kari cap Babas. Hampir setengah jam menanti hujan berhenti, aku tanya saya amoi ni where the dickson rd? "I don't Know.. Perak road? " i also dun know".. Harammmm..

Aku hanya mecari mengikut gerak hati. Kadang2 gerak hati ini benar. Alhamdulillah akhirnyaaa jumpa dickson rd dan hostel itu betul2 berada di tepi simpang sign Perak rd. Alhamdulillah. Masuk check in memang ramai travel stay sini maybe sebab murah dan senang akses. Aku terasa berada di satu negara yg asing dengan pelbagai kaum, bangsa dan budaya. Sir u have to pay $20 for deposit and its refundable. Ohhh shit hanya tu je yang aku de pon untuk bawak berjalan.. Ok fine. Bagi la dgn nada yg marah. Hanya ade $7 dalam tgn aku. 


Selesai masuk bilik 207 dapat katil atas bilik quite ok. So just drop brg trun bawah makan megi kerana kelaparan yang teramat sgtttt. Mampo aku telan megi tom yam dan roti gardenia utk tenaga. Selesai semua bukak map ok misi nak g cari masjid utk solat. Nampak kubah tapi tak tau jalan dia kemana.. Macam biasa jgn panik, just follow apa kata hati dan akhirnya sampai kawasan Arab street. Ohhh baru tau sini rupanya kawasan org Melayu dab baru lah nmpk org bertudung semua. Masjid work in progress maybe dia nak besarkan masjid ini kot. Sempat la snap2 pic dan sebelahnya terletak Malay Heritage Centre, Kampung Gelam. Rupanya di sini asal kewujudan orang Melayu. Seni bina dan alat yang digunakan sebijik macam org melayu Malaysia. Sempat jugak aku tengok muzium dia dan barulah tau asal usul dan info yg amat berguna. Inilah yang kita nak sambil jalan, sambil mencari ilmu. Bak kata pepatah, luas perjalanan...sila sambungkan (aku lupa)

Dah nampak kedai Zam zam the famous murtabak.. Nak rasa tapi sayangnya aku hanya de $7 ok fine hanya mampo ambik bau jer.. Huhhuhu rasa sedih kempunan.. Aku bejalan lagi ke bugis street singgah shopping mall sbb hujan lebat lagik seb baik de wifi dalam bugis+ nie mmg hebat. Patut Malaysia kna buat macam nie..rindu nak pesbuk, watsap, wechat di samping upload gambar masuk ig tu wajib!!!!

Jam menunjukkan 8.30pm so mana lagi aku tak pergi?? Mustafa Centre??? Wajib sebab nak tgk betul ke perfume murah?? Dan mustafa centre terletak di Syed Alwi rd dan di buka 24hours.. Kawasan sini banyak kedai ala2 mamak tapi aku tak makan hanya mampo lihat aje.. Sampai di mustafa centre ni teruja kejap sebab semua di bawah satu bumbung. Ko cakap je nak apa semua ada?? Misi mencari perfume bermula. Mula2 tak jumpa ruangan perfume tanya salesgirl tu oh di hujung sana. Ok terus la bau ala-ala nak borong sepuluh.  Tester sume jenis jenama aku bau tapi kenapa pekat sgt bau eh?? Ade set murah hanya $9 omg. Last sekali tak beli sebab takde below $7 nak menangis okey. Last terus balik hostel, makan megi kari dan gardenia, naik dorm mandi dan tdorZzzzz........

Bersambung...





Bekpek ke Kota Singa - Part 2


Part 2... Senai airport @ 11.00am


Flighy selamat tiba di Lapangan Anatarabangsa Senai jam 11.00pg. Sampai sahaja kuar dari airport aku jadi benggong sbb patut de bus utk ke larkin or JB tapi hampeh... What should i do??? Ok fine duduk termenung seketika sambil layan lagu mp3. Kecewa. Tepat pukul 12.pm dtg satu bus hati aku dah berbunga2 mcm lagu Misha Omar, Bunga-bunga cinta. Impian ke Kota Singa makin hampir but bus ini hanya pergi ke JB CIQ. Oh shitt...

Kata driver tu bus ke larkin susah dapat so aku dgn tenang naiklah bus causewaylink dari senai airport- JB CIQ RM8.00 lebih kurang 40min. Dlm bus tu aku duduk sebelah mamat cina aku pikir mesti orang Singapore nak balik so bole aku follow. "Hello, may i ask u? Is it this bus going to CIQ JB. He said Yes. Dalam hati da rasa syukur. Are you going to singapore? He said Yes. May i follow u? Yes of course. Alhamdulillah..

Mamat ni dari Kuching org Malaysia bekerja di sana. Muka sah2 cina cam singapore. So after sampai CIQ selesai segala imigresen Malaysia. Trun bawah naik bus Causewaylink Cw1 untk ke MRT kranji. Kat Singapore ni MRT dia mmg excellent tak mcm KTM lembab cam siput. Wahh tak sedar diri langsung ko haziz. Ko tu asal Mana???? Ok fine. Mrt kat sini mcm LRT kat KL sungguh effisien..,

Perjalanan ke Imigresen Singapore memang jammed bangat. Ngak tau sik ngapain.. Tetiba je tukar slang indon dah kenapa hahahah... Selepas isi kad arrival dan pasport , customs singapore settle trun bawah ko cari balik bus yg ko naik td kaler kuning dan dia tulis CW1. So td tiket yg first ko beli jgn buang sbb bila tunjuk balik naik free tambangnya RM 1.50/SGD 1.50. Ko rasa nak byr pakai yg mana satu?? Sah2 RM lebih untung ok tapi aku xde syiling 50sen aku masukkn 2.00 dan xde baki harammmmmmm... Ok niat sedekah la...


Mcm mana nak tau ko turun tu MRT Kranji mana tau ko tetiba da sampai USS pulak.. Aku tgk ramai turun aku pon follow sekali laa sah2 tepi station tu tulis MRT Kranji. Ok dah setel beli tiket nak g hostel yang aku dah book di Footprint Hostel jalan Little India so tambang MRT hanya 2.60 SGD okeyyy bukan RM. After this semua rujuk pada SGD... Perjalanan mengambil masa sejam sebab anda kena tukar train di Dhobi Ghaut sebab nak g Little India line kaler purple. Yang aku naik sekarang ni line Merah.. Ok sempat tdo jap capekkkk.....




To be continue...