Thursday, June 16, 2011

Tahniah..Congrat's

Salam readers,..

Selamat pagi,,salam 1 Malaysia...semalam aku cuti busy menguruskan pasal pinjaman perumahan..Al - maklumlah nak bli umah katanya..RUMAH PERTAMAKU....

Out of topic plak..sebenarnya aku nak ucapkan tahniah kepada HAZIZ BIN ANUAR kerana telah mencatat sejarah dalam hidup iaitu lulus cemerlang bagi peperiksaan akhir semester 1/2011..hehehe.... lom grade lagi ye another 2.5 years lg to be graduation...

Aku berjanji akan berusaha lebih gegeh lagi untuk mencapai kejayaan di masa akan datang....Syukur kehadrat illahi..ALHAMDULILLAH....





p/s: Dapat anugerah Dekan tak??? plsssssssss

Tuesday, June 14, 2011

Kerja..Kerja..Kerja

Pemanggil : Hello, ni da bulan berapa, kenapa claim saya tak masuk - masuk lagi?


Aku : Bila hantar ke unit kewangan yea ?

Pemanggil : Da lama antar, kenapa xmasuk - masuk ni? duit tak de ke?


Aku : owh..boss xde g outstation la 2 minggu (Alasan tipu )


Pemanggil : Bila leh dapat nie ? (Nada marah )


Aku : tgu bos balik nnt da sign br kita proceed..

Pemanggil : DUSHHH......(hempas telefon dgn marah )


Ini lah kerja aku yg busy wat claim perjalanan staff.. walaupon tu keje hakiki ku tp byk ;gi keje sampingan lain yang kna aku bereskan..so pls understand me.. dont blame me and dont be angry...even gaji da masuk semalam pon ko da bising tnye claim...pls la..aku ni pon manusia gak..sabar boleh x?

Inilah tekanan aku di tempat kerja..Arghhhhhhhhhhhh.....bole buat darah aku naik pastu sakit dan pencen..duduk umah/wad...berbaloikah?? kerja bertahun2 demi negara tetapi kesan yang akan dapat akan kekal selamanya........

Dah2..nak sambung balik check claim perjalanan ni...PENING.........







p/s: Kena rajin bekerja atau buat2 rajin??

Monday, June 13, 2011

Pasti Berjaya di AKADEMI FANTASIA

Menuju puncak,gemilang cahaya....

mesti korang sume semalam happy + sedey tgk AF kan..aku peminat setia AF dr season 1 lg memang excited..korang nak tau, aku penah tgk konsert live final AF time MILA menang..tp time tu aku sokong dafi, tp syg kecundang sebelum konsert akhir..dan Pak Nil juga merupakan pengacara yg SUPERBBBBBB....

Malam td telah tercetus satu revolusi dimana HAZAMA telah memenangi JUARA AF dimana ini merupakan konsert AF yang terakhir...aku memang penyokong HAZAMA dan FINA...Kawtim...SASSU...

PUTRAJAYA, 12 JUN 2011: Selepas 5 tahun menanti untuk bergelar sebagai pelajar Akademi Fantasia (AF), penantian Hazama nyata amat bermakna apabila dia diumumkan sebentar tadi sebagai juara Akademi Fantasia musim ke-9 (AF9), sekali gus bergelar juara terakhir program realiti tersebut yang melabuhkan tirainya sebentar tadi dalam Konsert Final AF9.
Hazama atau nama sebenarnya, Hazama Ahmad Azmi, 26, mula menceburi AF sejak musim ke-4 namun hanya sempat hadir sebagai calon prelude. Namun, kejutan terbesar AF9 iaitu pengumuman Operasi Gugur di mana pelajar yang sedia ada akan digugurkan, dan dua calon baru dibawa masuk merupakan titik mula peluang kedua Hazama dalam program realiti paling popular di negara ini.
Bertempat di Dataran Putrajaya, Presint 3, Putrajaya sebentar tadi, nama Hazama diumumkan oleh hos, Aznil Haji Nawawi sebagai juara AF9 menewaskan tiga calon juara lain iaitu Lena, Fina dan Azri. Hazama menyampaikan lagu Pukau nyanyian asal Tomok dan persembahannya untuk lagu ini dihiasi kemunculan istimewa Lisa Surihani. Lagu keduanya adalah lagu yang dicipta khas sebagai singlenya sendiri bertajuk Cinta Teragung.
Kemenangan Hazama membolehkannya membawa pulang sebuah trofi sumbangan Astro, wang tunai RM 200,000, hamper serta wang tunai tajaan Power Root bernilai RM5000, dan sebuah kamera bernilai RM3299 tajaan Sony.
Lena atau nama sebenarnya, Lenaber Binti Haidir, 20, muncul naib juara AF9 dan menerima sebuah trofi sumbangan Astro, wang tunai RM50,000, hamper serta wang tunai bernilai RM2000 tajaan Power Root dan sebuah kamera bernilai RM1499 sumbangan Sony. Lena menyampaikan lagu Dunia nyanyian asal Bunkface dan lagunya sendiri Sisa Kisah Kita menyaksikan kemunculan istimewa Bintang Paling Popular 2010, Shaheizy Sam.
Fina, atau Nurshafinaz Binti Jebat, 18, peserta yang diserap masuk bersama Hazama memenangi tempat ketiga dan menerima sebuah trofi sumbangan Astro, wang tunai RM20,000, hamper serta wang tunai bernilai RM1000 tajaan Power Root dan sebuah kamera bernilai RM1499 sumbangan Sony. Fina mendendangkan lagu Satu Harapan nyanyian asal Jaclyn Victor di mana kakak dan adiknya tampil membuat persembahan bersama selain lagu singlenya sendiri, Menangis Lagi.
Seorang lagi finalis, Azri atau Mohd Azri Abdullah, 24, berada ditempat keempat dan membawa pulang sebuah trofi sumbangan Astro, wang tunai RM5000 serta sebuah kamera bernilai RM1499 tajaan Sony. Lagu untuk Azri adalah Ku Tak Bisa nyanyian asal Slank dan Niskala yang merupakan singlenya sendiri.
Konsert Final AF9 agak istimewa kerana menampil hos asal AF9, Aznil Haji Nawawi bersama bekas-bekas hos Akademi Fantasia iaitu AC Mizal, Jimmy Shanley dan Sarimah Ibrahim sebagai hos bersama. Pengkritik tetap AF9 iaitu Fauziah Datuk Ahmad Daud dan Hattan tampil bersama pengkritik jemputan yang juga bekas pengetua AF selama dua musim, Datuk Ramli MS.
Juara-juara lalu AF sejak musim pertama juga muncul dengan persembahan istimewa iaitu Vince, Zahid, Mawi, Faizal, Mila, Stacy, Hafiz kecuali Shahir yang mengalami kecederaan. Kumpulan yang dianggotai Pengetua AF9, Search juga tampil membuat persembahan dengan lagi Gothic Malam Eden, Isabella dan Pelesit Kota.
Akademi Fantasia musim ke 9 ini adalah musim terakhir setelah diterbitkan Astro buat kali pertama pada tahun 2003. Konsep program ini diambil dari program realiti Mexico, La Academia.

( sumber dari murai.com.my )





p/s: Pak Lang kawtim menang..aduhh gigi sakit gara2 sokong Hazama mlm td..huuuu