Saturday, January 31, 2015

Bekpek ke Kota Singa - Part 3





Hello readers..

Sekarang ni saya di Tawau baru je habis percutian ke Pulau Mabul.. Sebab de wifi free baru bole hupload entry baru. Trip ke Mabul 2.0 akan di muat turun kelak heheheeee..

Part 3: Misi mencari Footprint Hostel


Tepat 4.00pm sampai little india di sambut oleh hujan yang lebat. Ok aku da lost mana nak cari dickson road. Td aku kuar menuju A- Bkt Timah Road. Tgk dkt map xjauh tp aku tetiba blurr. Ok pesanan penaja jgn lupe bertanya kerana malu bertanya seaat jalan. Ok aku start la tanya minah india kekwat xnak, tya plak mamat cina lagi xnak jawab ciss kuang hajor cina nie. Aku da hilang arah. Then aku nmpk pasangan veteran cina try tanya. Hello sir, can you show me how go to dickson rd? Ok u straight and turn left looking the dickson road. Ok thanks sir. 

Langkah semakin laju kerana hari sudah hujan tapi malangnya selepas melintas hujan trun sgt lebat aku mampo berteduh di tepi2 kedai emas dan di penuhi dgn kaum india aku terasa berada di Jalan Brickfield,KL hahhaha cis kari cap Babas. Hampir setengah jam menanti hujan berhenti, aku tanya saya amoi ni where the dickson rd? "I don't Know.. Perak road? " i also dun know".. Harammmm..

Aku hanya mecari mengikut gerak hati. Kadang2 gerak hati ini benar. Alhamdulillah akhirnyaaa jumpa dickson rd dan hostel itu betul2 berada di tepi simpang sign Perak rd. Alhamdulillah. Masuk check in memang ramai travel stay sini maybe sebab murah dan senang akses. Aku terasa berada di satu negara yg asing dengan pelbagai kaum, bangsa dan budaya. Sir u have to pay $20 for deposit and its refundable. Ohhh shit hanya tu je yang aku de pon untuk bawak berjalan.. Ok fine. Bagi la dgn nada yg marah. Hanya ade $7 dalam tgn aku. 


Selesai masuk bilik 207 dapat katil atas bilik quite ok. So just drop brg trun bawah makan megi kerana kelaparan yang teramat sgtttt. Mampo aku telan megi tom yam dan roti gardenia utk tenaga. Selesai semua bukak map ok misi nak g cari masjid utk solat. Nampak kubah tapi tak tau jalan dia kemana.. Macam biasa jgn panik, just follow apa kata hati dan akhirnya sampai kawasan Arab street. Ohhh baru tau sini rupanya kawasan org Melayu dab baru lah nmpk org bertudung semua. Masjid work in progress maybe dia nak besarkan masjid ini kot. Sempat la snap2 pic dan sebelahnya terletak Malay Heritage Centre, Kampung Gelam. Rupanya di sini asal kewujudan orang Melayu. Seni bina dan alat yang digunakan sebijik macam org melayu Malaysia. Sempat jugak aku tengok muzium dia dan barulah tau asal usul dan info yg amat berguna. Inilah yang kita nak sambil jalan, sambil mencari ilmu. Bak kata pepatah, luas perjalanan...sila sambungkan (aku lupa)

Dah nampak kedai Zam zam the famous murtabak.. Nak rasa tapi sayangnya aku hanya de $7 ok fine hanya mampo ambik bau jer.. Huhhuhu rasa sedih kempunan.. Aku bejalan lagi ke bugis street singgah shopping mall sbb hujan lebat lagik seb baik de wifi dalam bugis+ nie mmg hebat. Patut Malaysia kna buat macam nie..rindu nak pesbuk, watsap, wechat di samping upload gambar masuk ig tu wajib!!!!

Jam menunjukkan 8.30pm so mana lagi aku tak pergi?? Mustafa Centre??? Wajib sebab nak tgk betul ke perfume murah?? Dan mustafa centre terletak di Syed Alwi rd dan di buka 24hours.. Kawasan sini banyak kedai ala2 mamak tapi aku tak makan hanya mampo lihat aje.. Sampai di mustafa centre ni teruja kejap sebab semua di bawah satu bumbung. Ko cakap je nak apa semua ada?? Misi mencari perfume bermula. Mula2 tak jumpa ruangan perfume tanya salesgirl tu oh di hujung sana. Ok terus la bau ala-ala nak borong sepuluh.  Tester sume jenis jenama aku bau tapi kenapa pekat sgt bau eh?? Ade set murah hanya $9 omg. Last sekali tak beli sebab takde below $7 nak menangis okey. Last terus balik hostel, makan megi kari dan gardenia, naik dorm mandi dan tdorZzzzz........

Bersambung...





No comments: