Saturday, December 24, 2011

Merry X'mas & Hepi New Year

Salam....

hai..Im back....

Lama tak update blog... nak final exam lagi seminggu jew.. so kna duk study buku byk2..tp aku tetap duk stdy MUKA BUKU (facebook)..adoiii cmne nie...

Aku nak wish kepada semua rakyat MAlaysia especially my following.. HEPI MERRY X"MAS & HEPI NEW YEAR 2012... i hope ur dream come true....agak2 ada ke lagi santa clause datang hantar hadiah yew?? Huhuu.. nak request ipad boleh x?

Ok semoga tahun baru lebih bermakana..kerja lebih rajin dan segalanya LEBIH....

Wish me gud luck for final EXAM...............WUwuawuawua.................. :)

**stop blog n FB for a while**

Friday, December 9, 2011

TRAGEDI 9-12-2011

Salam,

Lama da xupdate belog nie..sebab MALAS..hahaha..

Tapi hari ni aku update sebab tragedi hari ni akan ku ingt sampai mati...KEMALANGAN JALAN RAYA...

aku duk on the way nak g keje tp sambil tgu trafik light ntah macam mana leh aku terlanggar kete SAGA jugak tapi versi lama. Seb baik la aku tak da ape ape.. syukur alhamdulilah... tp yang sedih aku langgar kete pakcik orang tua.

Seb bek pakcik ni jenis cool xmarah..so, aku pulak yang rasa bersalah...one more thing..my BABY a.k.a my car hancus...so kna towing to bengkel.. bapa riban pulak nak repair semua ni..tapi nasib baik ada insurans kan.. berguna jugak...

So pesanan aku kepada semua pemandu: "PANDU CERMAT, JIWA SELAMAT"

Saturday, November 5, 2011

Renungan sempena HARI RAYA AIDILADHA

Assalamualaikum..salam 1 Malaysia...

Tgh buat apa tu? duk busy masak rendang, ketupat , lemang ke?? esok kan nak raya..hehehe... Sempena menyambut Hari Raya Aidiladha a.k.a Korban marilah kita bersama-sama menghayati kisah atau peristiwa disebaliknya...
 ** renung2kan dan selamat beramal **

HARI Raya Aidiladha dan ibadah korban tidak dapat dipisahkan dengan peristiwa Nabi Ibrahim a.s. yang diperintahkan oleh Allah SWT supaya mengorbankan puteranya, Nabi Ismail a.s.
Sayangnya, peristiwa agung ini sekadar dilihat dari sudut sejarahnya semata-mata. Sebab itulah, acap kali tibanya Aidiladha, segelintir masyarakat Islam di negara ini meletakkan perayaan ini setaraf dengan hari-hari cuti biasa. Berbeza dengan sambutan Hari Raya Aidilfitri, yang disambut selama sebulan.

Adakah ini menunjukkan penghayatan terhadap pengertian dan pengajaran di sebalik Aidiladha itu sudah semakin terhakis dalam masyarakat kita? Jika ya, bagaimanakah seharusnya peristiwa tersohor ini dihayati pengajarannya sesuai dengan senario kehidupan sekarang.

Mengakui keperluan mendesak bagi menyemarakkan ibadah korban, Pengetua Kompleks Anak Yatim Darul Kifayah, Faridilatras Abd. Rahman berkata, sememangnya ibadah korban dan sejarah pengorbanan Nabi Ibrahim a.s dan anaknya Nabi Ismail a.s tidak dapat dipisahkan.
"Sebenarnya Allah SWT menjadikan Hari Raya Haji sebagai salah satu syiar agama-Nya. Dalam istilah syarak, hari ini yang juga dikenali sebagai Hari Raya Aidiladha yang bererti perayaan penyembelihan korban.
"Oleh itu, jika kita benar-benar memahami sejarah berlakunya ibadah korban serta menghayati kisah Habil dan Qabil, maka ia akan mendidik jiwa sosial yang tinggi atau dalam erti kata lain, peka terhadap sosio-ekonomi dalam masyarakat," katanya dalam pertemuan dengan Mega, baru-baru ini.

Ibadah korban juga dapat melatih dan mendidik individu Muslim itu untuk bersikap dermawan.
Ini kerana Islam menyuruh agar daging sembelihan korban itu disedekahkan dan diagihkan kepada fakir miskin, di samping orang yang berkorban juga harus hukumnya memakan sebahagian kecil daripada daging tersebut.
Menurutnya lagi, perkara ini jelas menunjukkan bahawa Islam mengambil berat masalah yang dihadapi oleh golongan yang kurang bernasib baik.

"Begitu juga dengan kewajipan berzakat, disunatkan sedekah dan digalakkan penyembelihan korban, di mana menunjukkan agama Islam mengajar umatnya sentiasa menjauhi sistem ekonomi liberal yang menimbulkan jurang pemisah antara golongan miskin dan kaya.
"Sebaliknya Islam menggalakkan kesamaan ekonomi, kesamarataan kekayaan dan perkongsian kemakmuran," jelasnya.
Hakikatnya terang Faradilatras, Aidiladha adalah perayaan yang disambut oleh umat Islam di seluruh dunia. Ia merupakan sambutan terbesar dan teristimewa dalam agama Islam selain Hari Raya Aidilfitri.
Hari Raya Aidiladha disambut pada 10 Zulhijjah setiap tahun. Bermula dengan takbir Aidiladha pada malam 10 Zulhijjah, diikuti dengan solat sunat Aidiladha, khutbah pada pagi 10 Zulhijjah dan kemudian dilangsungkan ibadah korban yang boleh dilakukan pada 10, 11, 12 atau 13 Zulhijjah.

Tegas beliau, perayaan Aidilfitri dan Aidiladha adalah sama sahaja berdasarkan kepada hadis yang diriwayatkan oleh Abu Daud daripada Anas r.a, yang bermaksud: "Rasulullah SAW datang ke Madinah, sedangkan mereka sedang sibuk bergembira selama dua hari. Maka Rasulullah SAW bertanya: Hari apakah yang dua hari ini? Mereka menjawab: Kami biasa bergembira selama dua hari pada zaman Jahiliah: Kemudian Rasulullah bersabda: "Sesungguhnya Allah SWT telah menggantikannya dengan hari yang lebih baik daripada dua hari itu bagi kamu iaitu Aidilfitri dan Aidiladha." (riwayat Abu Daud)

Oleh itu, jelaslah bahawa perayaan Aidilfitri dan Aidiladha adalah sama. Malah Rasulullah SAW juga ada menyatakan tentang kelebihan ibadat korban dalam sebuah hadis yang telah diriwayatkan oleh Imam Tirmizi dan Al-Hakim yang bermaksud: "Tiada dibuat oleh anak Adam pada Hari Raya Adha akan sesuatu amal yang lebih disukai Allah daripada menumpahkan darah (menyembelih korban). Bahawa korban itu datang pada hari kiamat dengan tanduk-tanduknya, bulu-bulunya dan kuku-kukunya. Sesungguhnya darah korban itu mengambil tempat yang mulia di sisi Allah sebelum darah itu tumpah ke bumi, maka hendaklah kamu buat korban itu dengan hati yang bersih."
Sebenarnya kata Faridilatras, masyarakat hari ini menjadikan sambutan Aidilfitri lebih meriah berbanding Aidiladha kerana kurang faham akan peristiwa bersejarah melibatkan dua insan iaitu Nabi Ibrahim a.s dan anaknya, Nabi Ismail a.s yang sangat tinggi nilainya.

"Sudah lebih 1,400 tahun Nabi SAW meninggalkan kita dan sudah pastinya, ibadah hari raya kita sudah ditokok tambah dengan adat-adat dan budaya atau dikurangi beberapa perkara penting sehingga ia kini sudah menjadi lebih budaya daripada agama," jelasnya.
Di samping itu, Faridilatras berpendapat antara punca utama perbezaan sambutan Hari Raya Aidilfitri dan Aidiladha adalah disebabkan kurangnya kesedaran tentang kelebihan melaksanakan amalan sunat seperti ibadah korban.

"Oleh yang demikian, saya merasakan perlu penerapan di peringkat awal kanak-kanak tentang sejarah keagungan ibadah korban agar ia terus bersemadi di dalam pemikiran masyarakat," katanya.
Sebenarnya kedatangan bulan Zulhijjah tegas Faradilatras, adalah bersama kelebihan dan keistimewaannya yang tersendiri

Oleh itu, jelaslah bahawa perayaan Aidilfitri dan Aidiladha adalah sama. Malah Rasulullah SAW juga ada menyatakan
tentang kelebihan ibadat korban dalam sebuah hadis yang telah diriwayatkan oleh Imam Tirmizi dan Al-Hakim yang bermaksud: "Tiada dibuat oleh anak Adam pada Hari Raya Adha akan sesuatu amal yang lebih disukai Allah daripada menumpahkan darah (menyembelih korban). Bahawa korban itu datang pada hari kiamat dengan tanduk-tanduknya, bulu-bulunya dan kuku-kukunya. Sesungguhnya darah korban itu mengambil tempat yang mulia di sisi Allah sebelum darah itu tumpah ke bumi, maka hendaklah kamu buat korban itu dengan hati yang bersih."

Sebenarnya kata Faridilatras, masyarakat hari ini menjadikan sambutan Aidilfitri lebih meriah berbanding Aidiladha kerana kurang faham akan peristiwa bersejarah melibatkan dua insan iaitu Nabi Ibrahim a.s dan anaknya, Nabi Ismail a.s yang sangat tinggi nilainya.
"Sudah lebih 1,400 tahun Nabi SAW meninggalkan kita dan sudah pastinya, ibadah hari raya kita sudah ditokok tambah dengan adat-adat dan budaya atau dikurangi beberapa perkara penting sehingga ia kini sudah menjadi lebih budaya daripada agama," jelasnya.
Di samping itu, Faridilatras berpendapat antara punca utama perbezaan sambutan Hari Raya Aidilfitri dan Aidiladha adalah disebabkan kurangnya kesedaran tentang kelebihan melaksanakan amalan sunat seperti ibadah korban.

"Oleh yang demikian, saya merasakan perlu penerapan di peringkat awal kanak-kanak tentang sejarah keagungan ibadah korban agar ia terus bersemadi di dalam pemikiran masyarakat," katanya.
Sebenarnya kedatangan bulan Zulhijjah tegas Faradilatras, adalah bersama kelebihan dan keistimewaannya yang tersendiri
HARI Raya Aidiladha dan ibadah korban tidak dapat dipisahkan dengan peristiwa Nabi Ibrahim a.s. yang diperintahkan oleh Allah SWT supaya mengorbankan puteranya, Nabi Ismail a.s.
Sayangnya, peristiwa agung ini sekadar dilihat dari sudut sejarahnya semata-mata. Sebab itulah, acap kali tibanya Aidiladha, segelintir masyarakat Islam di negara ini meletakkan perayaan ini setaraf dengan hari-hari cuti biasa. Berbeza dengan sambutan Hari Raya Aidilfitri, yang disambut selama sebulan.
Adakah ini menunjukkan penghayatan terhadap pengertian dan pengajaran di sebalik Aidiladha itu sudah semakin terhakis dalam masyarakat kita? Jika ya, bagaimanakah seharusnya peristiwa tersohor ini dihayati pengajarannya sesuai dengan senario kehidupan sekarang.

Mengakui keperluan mendesak bagi menyemarakkan ibadah korban, Pengetua Kompleks Anak Yatim Darul Kifayah, Faridilatras Abd. Rahman berkata, sememangnya ibadah korban dan sejarah pengorbanan Nabi Ibrahim a.s dan anaknya Nabi Ismail a.s tidak dapat dipisahkan.
"Sebenarnya Allah SWT menjadikan Hari Raya Haji sebagai salah satu syiar agama-Nya. Dalam istilah syarak, hari ini yang juga dikenali sebagai Hari Raya Aidiladha yang bererti perayaan penyembelihan korban.

"Oleh itu, jika kita benar-benar memahami sejarah berlakunya ibadah korban serta menghayati kisah Habil dan Qabil, maka ia akan mendidik jiwa sosial yang tinggi atau dalam erti kata lain, peka terhadap sosio-ekonomi dalam masyarakat," katanya dalam pertemuan dengan Mega, baru-baru ini.
Ibadah korban juga dapat melatih dan mendidik individu Muslim itu untuk bersikap dermawan.
Ini kerana Islam menyuruh agar daging sembelihan korban itu disedekahkan dan diagihkan kepada fakir miskin, di samping orang yang berkorban juga harus hukumnya memakan sebahagian kecil daripada daging tersebut.
Menurutnya lagi, perkara ini jelas menunjukkan bahawa Islam mengambil berat masalah yang dihadapi oleh golongan yang kurang bernasib baik.

"Begitu juga dengan kewajipan berzakat, disunatkan sedekah dan digalakkan penyembelihan korban, di mana menunjukkan agama Islam mengajar umatnya sentiasa menjauhi sistem ekonomi liberal yang menimbulkan jurang pemisah antara golongan miskin dan kaya.
"Sebaliknya Islam menggalakkan kesamaan ekonomi, kesamarataan kekayaan dan perkongsian kemakmuran," jelasnya.
Hakikatnya terang Faradilatras, Aidiladha adalah perayaan yang disambut oleh umat Islam di seluruh dunia. Ia merupakan sambutan terbesar dan teristimewa dalam agama Islam selain Hari Raya Aidilfitri.
Hari Raya Aidiladha disambut pada 10 Zulhijjah setiap tahun. Bermula dengan takbir Aidiladha pada malam 10 Zulhijjah, diikuti dengan solat sunat Aidiladha, khutbah pada pagi 10 Zulhijjah dan kemudian dilangsungkan ibadah korban yang boleh dilakukan pada 10, 11, 12 atau 13 Zulhijjah.

Tegas beliau, perayaan Aidilfitri dan Aidiladha adalah sama sahaja berdasarkan kepada hadis yang diriwayatkan oleh Abu Daud daripada Anas r.a, yang bermaksud: "Rasulullah SAW datang ke Madinah, sedangkan mereka sedang sibuk bergembira selama dua hari. Maka Rasulullah SAW bertanya: Hari apakah yang dua hari ini? Mereka menjawab: Kami biasa bergembira selama dua hari pada zaman Jahiliah: Kemudian Rasulullah bersabda: "Sesungguhnya Allah SWT telah menggantikannya dengan hari yang lebih baik daripada dua hari itu bagi kamu iaitu Aidilfitri dan Aidiladha." (riwayat Abu Daud)

Oleh itu, jelaslah bahawa perayaan Aidilfitri dan Aidiladha adalah sama. Malah Rasulullah SAW juga ada menyatakan tentang kelebihan ibadat korban dalam sebuah hadis yang telah diriwayatkan oleh Imam Tirmizi dan Al-Hakim yang bermaksud: "Tiada dibuat oleh anak Adam pada Hari Raya Adha akan sesuatu amal yang lebih disukai Allah daripada menumpahkan darah (menyembelih korban). Bahawa korban itu datang pada hari kiamat dengan tanduk-tanduknya, bulu-bulunya dan kuku-kukunya. Sesungguhnya darah korban itu mengambil tempat yang mulia di sisi Allah sebelum darah itu tumpah ke bumi, maka hendaklah kamu buat korban itu dengan hati yang bersih."
Sebenarnya kata Faridilatras, masyarakat hari ini menjadikan sambutan Aidilfitri lebih meriah berbanding Aidiladha kerana kurang faham akan peristiwa bersejarah melibatkan dua insan iaitu Nabi Ibrahim a.s dan anaknya, Nabi Ismail a.s yang sangat tinggi nilainya.

"Sudah lebih 1,400 tahun Nabi SAW meninggalkan kita dan sudah pastinya, ibadah hari raya kita sudah ditokok tambah dengan adat-adat dan budaya atau dikurangi beberapa perkara penting sehingga ia kini sudah menjadi lebih budaya daripada agama," jelasnya.

Di samping itu, Faridilatras berpendapat antara punca utama perbezaan sambutan Hari Raya Aidilfitri dan Aidiladha adalah disebabkan kurangnya kesedaran tentang kelebihan melaksanakan amalan sunat seperti ibadah korban.
"Oleh yang demikian, saya merasakan perlu penerapan di peringkat awal kanak-kanak tentang sejarah keagungan ibadah korban agar ia terus bersemadi di dalam pemikiran masyarakat," katanya.
Sebenarnya kedatangan bulan Zulhijjah tegas Faradilatras, adalah bersama kelebihan dan keistimewaannya yang tersendiri.

"SALAM AIDILADHA BUAT SEMUA UMAT ISLAM"

Friday, October 21, 2011

Ce Citer...

Salam 1 malaysia..Assalamualaikum...Guys...

Korang tgh wat ape tue?? mesti tgh duk santai2 di hujung mingu..xpon duk depan tv or ladtop bukak blog mesti baca Blog DIARI HATIKU kannn............heheheehehe..

Rasanya da lama tak update blog sebab TERRRRRRRRRRRlampau BUSYYYY dengan kerja-kerja seharian. Tambahan pulak sem ni kelas aku memang la keSENGALan..assignment  oh assignment rasa nak muntah semua nie...apa pun aku kena hadapi semua ini dengan tenang dan bersemgat demi masa depan aku..tak gituw kawan-kawan....arghhhhhhhhhhh

Hari ni last aku ngajar tuisyen anak2 murid aku seramai 2 org. harap korang akan berjaya dlm peperiksaan akhir tahun nie. maaf kan cikgu kalo ada salah silap yea...huhu..abes la xde extra income aku pas ni kna cr part time job...

So now aku duk lepak kat mapley sbb nak wifi free nak siapkan all assignment + nak rileks sambil cuci mata..hehehehe....tgh2 duk wat xsgnment, sambil layan FB, aku pon nak ambik kesempatan ni mengUPDATE blog aku yang dah lama aku tak bukak nie...(jgan marah ye bloggers)...

So aku just nak inform aku tgh wat assignment jew..yang lain tu saje nak merepek.hahaha...ok babai..c u next entry...

p/s: Bukan cer citer by MAMAT KHALID..

Thursday, October 13, 2011

Kisah Motivasi yang Sebak...

Kisah Budak Penjual Kuih

Hari itu selepas seminggu beraya di kampung, saya pulang ke Kuala Lumpur. Memikirkan highway PLUS sibuk, saya menyusuri laluan lama. Pekan pertama yang saya lintas ialah Teluk Intan. Terasa mengantuk, saya singgah sebentar di sebuah restoran di pinggir pekan itu. Sebaik memesan makanan, seorang kanak-kanak lelaki berusia lebih kurang 12 tahun muncul dihadapan.

"Abang nak beli kuih?" katanya sambil tersenyum. Tangannya segera menyelak daun pisang yang menjadi penutup bakul kuih jajaanya.

“Tak apalah dik... Abang dah pesan makanan," jawap saya ringkas.

Dia berlalu. Sebaik pesanan tiba, saya terus menikmatinya. Lebih kurang 20 minit kemudian saya nampak kanak-kanak tadi menghampiri pelanggan lain, sepasang suami isteri agaknya. Mereka juga menolak, dia berlalu begitu saja.

*****

"Abang dah makan, tak nak beli kuih saya?" katanya selamba semasa menghampiri meja saya.

"Abang baru lepas makan dik. Masih kenyang lagi ni," kata saya sambil menepuk-nepuk perut.

Dia beredar, tapi cuma setakat di kaki lima. Sampai di situ, di meletakkan bakulnya yang masih sarat. Setiap yang lalu ditanya, "Tak nak beli kuih saya bang, pak cik, kakak atau makcik?"

Molek budi bahasanya! Mamak restoran itu pun tidak menghalang dia keluar masuk ke premisnya bertemu pelanggan. Sambil memerhati, terselit rasa kagum dan kasihan di hati saya melihatkan betapa gigihnya dia berusaha. Tidak nampak langsung tanda-tanda putus asa dalam dirinya, sekalipun orang yang ditemuinya enggan membeli kuihnya.

*****

Selepas membayar harga makanan dan minuman, saya terus beredar ke kereta. Kanak-kanak itu saya lihat berada agak jauh di deretan kedai yang sama. Saya buka pintu, membetulkan duduk dan menutup pintu. Belum sempat saya menghidupkan enjin, kanak-kanak tadi berdiri di tepi kereta. Dia menghadiahkan sebuah senyuman. Saya turunkan cermin, membalas senyumannya.

"Abang dah kenyang, tapi mungkin abang perlukan kuih saya untuk adik-adik abang, ibu atau ayah abang." katanya petah sekali sambil tersenyum. Sekali lagi dia mempamerkan kuih dalam bakul dengan menyelak daun pisang penutupnya.

Saya tenung wajahnya, bersih dan bersahaja. Terpantul perasaan kesian di hati. Lantas saya buka dompet, dan menghulurkan sekeping not merah RM10. Saya hulurkan padanya.

"Ambil ni dik! Abang sedekah. Tak payah abang beli kuih tu," Saya berkata ikhlas kerana perasaan kasihan meningkat mendadak. Kanak-kanak itu menerima wang tersebut, lantas mengucapkan terima kasih terus berjalan kembali ke kaki lima deretan kedai. Saya gembira dapat membantunya. Setelah enjin kereta saya hidupkan, saya mengundur. Alangkah terperanjatnya saya melihat kanak-kanak itu menghulurkan pula RM10 pemberian saya itu kepada seorang pengemis yang buta kedua-dua matanya.

*****

Saya terkejut, lantas memberhentikan semula kereta, memanggil kanak-kanak itu.

"Kenapa bang nak beli kuih ke?" tanyanya.

"Kenapa adik berikan duit abang tadi pada pengemis tu? Duit tu abang bagi adik!" Kata saya tanpa menjawap pertanyaannya.

"Bang saya tak boleh ambil duit tu. Mak marah kalau dia dapat tahu saya mengemis. Kata mak kita mesti bekerja mencari nafkah kerana Allah berikan tulang empat kerat pada saya. Kalau dia tahu saya bawa duit sebanyak itu pulang, sedangkan jualan masih banyak, mak pasti marah. Kata mak, mengemis kerja orang yang tak berupaya, saya masih kuat bang!" katanya begitu lancar.

Saya sebak, sekaligus kagum dengan pegangan hidup kanak-kanak itu. Tanpa banyak soal saya terus bertanya berapa semua harga kuih dalam bakul itu.

"Abang nak beli semua ke?" Dia betanya dan saya cuma mengangguk. Lidah saya kelu nak berkata.

"RM25 saja bang."

Selepas dia memasukkan satu persatu kuihnya kedalam plastik, saya hulurkan RM25. Dia mengucapkan terima kasih dan terus berlalu.

Saya perhatikan dia sehingga hilang daripada pandangan. Dalam perjalanan ke Kuala Lumpur, baru saya terfikir untuk bertanya statusnya. Anak yatimkah? Siapakah wanita berhati mulia yang melahirknya? Terus terang saya katakan, saya beli kuihnya bukan lagi atas dasar kasihan, tetapi kerana rasa kagum dengan sikapnya yang dapat menjadikan kerjayanya satu penghormatan.

Sesungguhnya saya kagum dengan sikap kanak-kanak itu. Dia menyedarkan saya, siapa kita sebenarnya..
 
Saturday, October 8, 2011

BAJET 2012

Assalamualaikum..Salam 1 Malaysia...

Seperti yang kita sedia maklum, pembentengan Bajet / Belanjawan selalunya dibentangkan pada Hari Jumaat. Rasanya, mungkin nak ambil keberkatan Hari Jumaat yang merupakan penghulu segala hari.
(Gambar oleh blog MummyCute)
Juga pembentangan Bajet / Belanjawan 2012 yang telah pun selesai dibentangkan di Parlimen oleh PM Najib petang tadi juga dibuat pada Hari Jumaat.
Berikut adalah beberapa “GOODIES” dari Kerajaan yang tersenarai di dalam Bajet tahun ini. Bacalah dengan hati yang tenang dan sabar.

- Budget 2012 allocates RM232.8bil for Government plans, including RM181.6bil for management and RM51.2bil for development.

- RM29.8bil has been allocated for investment in infrastructure, industrial and rural development.

- RM13.6bil has been allocated for the social sector, including education and training, welfare, housing and community development.

- Total revenue for 2012 is forecast to increase 1.9% to RM186.9bil and the deficit to decrease to 4.7% of GDP from 5.4% in 2011.

- The theme for Budget 2012 is “National Transformation Policy: Welfare for the Rakyat, Well-Being of the Nation”.

- We will focus on accelerating investment and further liberalise 17 services sub-sectors, in places enabling 100% foreign equity.

- RP2 will be implemented in 2012, and it will be allocated RM98.4bil, to be split evenly between 2012 & 2013

- RP2 main projects will include the East Coast Highway from Jabor to T’ganu and road upgrades from Kota Marudu to Ranau

- RM18bil of the RM20bil PPP Facilitation Fund will be used for high impact projects, with RM2 billion for bumiputera entrepreneurs

- In 2012, the Government will allocate RM978mil to accelerate the development in five regional corridors

- The Treasury Management Centre will be established and offer incentives to develop M’sia as a competitive financial centre

- We will develop the Kuala Lumpur International Financial District, with incentives including income tax exemptions for firms

- We will develop the Kuala Lumpur International Financial District, with incentives including income tax exemptions for firms

- Income tax exemptions for non-ringgit sukuk issuance and transactions will be extended for another 3 years

- To promote the development of Exchange Traded Funds products I-VCAP will provide RM200mil for Shariah-compliant ETFs

Felda GVH will be listed on Bursa Malaysia by mid-2012 to raise funds for the company to become a global conglomerate. Felda settlers are expected to receive a windfall, and the amount will be announced before listing
 
- A RM2bil shariah-compliant SME Financing Fund managed by selected Islamic banks will be established in 2012

- A RM100mil SME Revitalisation Fund offering loans up to a maximum of RM1mil for entrepreneurs will be available from Jan 2012

Full exemption of import duty and excise duty on hybrid cars and electric cars will continue to be given until 2013

- To promote tourism, the Langkawi Five Year Tourism Development Master Plan will be launched with an allocation of RM420mil

- The real property gains tax will be reviewed so it doesn’t jeopardise the ability of low- and middle-income groups to buy homes

- The Malaysia Healthcare Travel Council will be privatised to promote and develop Malaysia as a healthcare destination

- Budget focuses on developing human capital, creativity and innovation and 2012 will be the National Innovation Movement year

- The Govt has allocated RM100mil promote innovation including the 1Malaysia Award (C1PTA) for innovative student inventions

- To enable SMEs to commercialise research products a Commercialisation Innovation Fund totalling RM500mil will be established

- RM50.2bil will be allocated to the education sector so that it can continue to develop talented, creative and innovative people

- RM1bil will be provided through a special fund for the construction, improvement and maintenance of schools

We will abolish payments for primary and secondary education, making these free for the first time in our history (harap pihak sekolah jangan kenakan bayaran yuran2 yang tak berkenaan…)

- Private schools registered with the Education Ministry will be given incentives including an Investment Tax Allowance

The Govt will give tax exemption for contributions to educational institutions and all places of worship (kempen utk menggalakkan rakyat menderma. bagus tuu…)

- To encourage private sector human capital development incentives including a double deduction on scholarships will be offered

- Budget 2012 introduces a Rural Transformation Programme, so that rural areas can attract private investment and create employment

- RM5bil to develop rural infrastructure, including RM1.8bil to the Rural Road Programme & Village-Link Road Project

- RM500mil to expand the programme to supply clean water to the rural community in Sabah

- RM400mil to upgrade the water supply infrastructure in selected Felda areas

- To provide greater access to bank services for the rural population, Bank Simpanan Nasional will appoint agents in rural areas

- RM90mil for the Orang Asli for basic necessities, including the expansion of the clean water supply project. For the Orang Asli affected by the landslides at Sungai Ruil, RM20mil is provided for their relocation to new homes

- 600,000 Govt pensioners will benefit from an additional annual pension increment of 2%

- Civil servants get pay rise between RM80 to RM320 (rezeki orang kerja gomen cam aku..huhuu…)

Govt will extend the compulsory retirement age from 58 to 60 years old to optimise civil servants’ contribution (aku pencen 58 pon nak mampos ni plak 60?)

- Civil servants will be offered tuition fee assistance for part-time studies, including 5,000 masters and 500 doctoral scholarships

- A special programme will be introduced for 175,000 army personnel who are not eligible for pensions

- RM3,000 will be given to ex-members of the special constable and auxiliary police as well as widows and widowers

- The Govt is mindful of the plight of the rakyat due to rising food prices and will take measures to address this

- The National Agro-Food Policy 2011-2020 will be launched and RM1.1bil allocated for the development of the agriculture sector

In the spirit of “People First,” all subsidies, incentives and assistance totalling RM33.2bil will be continued

- 500,000 will benefit from KAR1SMA, which provides assistance to poor senior citizens and children and disabled people

- My First Home Scheme will be expanded to increase the limit of house prices from a maximum of RM220,000 to RM400,000

- Govt will identify areas in the vicinity of MRT, LRT and other public transport to be developed by PR1MA

- Govt will continue to implement the Program Perumahan Rakyat by building 75,000 units of affordable houses

- Govt will establish the Special Housing Fund for Fishermen to build and refurbish houses

- Healthcare will be allocated RM15bil operating expenditure and RM1.8bil development expenditure

- Hospitals will be upgraded and constructed as well 81 rural health clinics upgraded and 50 new 1Malaysia clinics launched

- Hospital Kuala Lumpur – the oldest in Malaysia – will be upgraded to be the country’s premier hospital

- Skim Amanah Rakyat (SARA) 1Malaysia will benefit 100,000 households with income below RM3,000 per month

- To assist taxi owners facing increased operating costs, measures will be introduced including tax exemptions on taxi purchases

- The National Legal Aid Foundation will ensure that every individual who is charged in court will be given free legal aid

- To assist the homeless, the Govt established a social assistance centre known as Anjung Singgah

- A training allocation of RM10mil will be provided for women to develop leadership and managerial skills

- To prevent cervical cancer, the Government will provide free Human Papilloma Virus immunisation nationwide

- MyCreative Venture Capital with an initial fund of RM200mil to be established

- RM15mil will be allocated to build 150 futsal courts to achieve the “One Court for One Mukim” target

- To ensure the welfare of retirees measures including a tax relief on Private Retirement Schemes contributions are introduced

- Senior citizens aged 60 years & above will be exempted from outpatient registration fees in Govt hospitals & health clinics

One-off assistance of RM500 to households with a monthly income of RM3,000 and below will be provided

- For those in private sector earning RM5000 and below, employers’ EPF contribution will increase from 12% to 13%

- Book voucher worth RM200 will be given to Malaysian students in all private and public institutions of higher learning

- Civil servants will be given an additional bonus of half-month salary and pensioners RM500 (senyum meleret lagi orang keja Gomen…untung la aku kannn)

So, apa pendapat korang tentang Bajet 2012 nie? Adakah ianya bajet biasa2 ajer yang tak memberi manfaat secara langusung kepada diri korang ataupun sebaliknya?..

Teks ucapan penuh Budget 2012 boleh di dapati di lama web “treasury.gov.my”.

CREDIT TO :mohd nadri 

Sunday, October 2, 2011

Miss my blog...

Assalamualaikum...Salam 1 malaysia,

Rindunya aku pada blog aku nie..almaklumla sejak dua menjak ni asyik sibuk sampai terlupe blog kesayangan aku nie. mesti semua pengikut setia aku seramai 44 orang ( sedehnya..) ari-ari view my blog tapi hampa because no story...i'm sorry my dear... so ari ni aku da kelapangan, maka aku akan tulis apa yang aku telah lakukan selama ini? ke mana hilangnya pemilik blog DIARI HATIKU??? korang cari aku ker? **feeling je lebeh**

cerita pertama, EMCEE

sejak aku dipindahkan ke tempat baru ni, aku semakin AKTIF & Agresif...bayangkan aku di lantik jadi EMCEE untuk big event iaitu sambutan Hari Raya MKAK... Nak gugur jantung ku dibuatnya..bayangkan lah...selama ini aku tak pernah langsung bercakap di khalayak ramai, tetibe aku disuruh jadi EMCEE??? Derm... i have no choice, so aku terpaksa la juga memikul tanggungjawab yang diamanahkan, bukan sekadar staf tetapi ini membabitkan orang luar dan VVIP... tetapi alhamdulilah aku laksana kan dengan jayanya walaupon muke da cuak tahap gaban..tangan dah seram sejuk..hehehe..aku hanya mampu ersenyum sahaja walaupun skrip da di bagi namun akhirnya aku buat skrip sendiri jugak..hahahaha... dan selepas ini , aku bakal menjadi EMCEE untuk acara-acara- opis. dan aku harap ini boleh menambahkan keyakinan diri aku untuk berucap di khalayak ramai...

sempena majlis Hari raya MKAK, aku juga turut menyertai persembahan MUZIKAL RAYA bagi mewakili bahagian pengurusan MKAK, dan nampaknya persembahan kami memang The Best..Congrat's uols...

                                                                bukan bersanding ye..tapi pasangan pengacara...

cerita kedua - OPEN HOUSE

Sepanjang bulan syawal, hari-hari penuh dengan undangan open house.Almaklumlah memang menjadi tradisi orang malaysia ni wat rumah terbuka..aku pon tidak terlepas mengadakan open house pada 25hb sept ari tu, maaf la xsempat nak ngajak korang sume yer..bajet buzz..so xramai yang di invite..hehehe...

Selain itu, Unit Perolehan aku pun turut buat open house, sempat la gak aku masak dessert & kek. tapi semua habis.. glew xabis da makan free.. sapa tak mau kannnn....aku juga turut dijemput hadir ke open house opis lama iaitu PKD HULU SELANGOR pada 21 hb.. memang best.. i miss uols...jumpa kengkawan lama..windunya korang...

Dan terakhir, open house kawan-kawan yang tiap2 minggu aku terjah sehinggakan tak cukup masa  dan termiss rumah
lain kerana dah kekenyangan walaupon kerana buat appearance setiap rumah...sorry la ye kepada rumah yang tak sempat aku nak terjah..heheeh...

*** gara-gara open house berat badan aku pon bertambah. abis diet aku selama ini***

                                                                    **Gambar sekitar majlis Rumah Terbuka **

Cerita ketiga - AKU SIBUK

Aku da mula start kuliah, so memang la bertambah Sibuk mengalahkan PM pulak yea...hehehhe..dengan kelas nya walaupon 4 subjek je aku ambik sem ni , tapi tu pun da cukup memeningkan kepala aku sebab subjek sem ni sume reading je tu yang buat aku sengal..adoii...apa pun semua ini harus ku tempuh dengan rela hati...Perjuangan harus di teruskan...

Bukan hanya sibuk denagn muka buku a.k.a FACEEBOOK tapi buku-buku ilmiah pun jangan dilupa yew...harap2 sem ni pointer aku lebih meningkat lagi...Semoga degree aku habis dengan sempurna..another 2 years..OMG...boleh kah aku bertahan lagi 2 tahun??? Doa-doakan lah ye kawan2.....Tenkiu..Love uols...

Cerita ke empat - AKU MENGANTUK, ESOK NAK KERJA..SO GUD NITE...

takda lagi dah...wat pe korang acroll lagi da abis la...bye2....^_^

p/s: Saya suke berblog, i Love My Blog...Kalau suke follow ler...

Monday, September 19, 2011

Derm..

Memang aku hangin hari nie..dah la g keje jem..pastu balik umah da macam KAPAL KARAM... lagi la panas hatiku ni.. eh korang ni reti makan napa xreti basuh pinggan ?? pasni aku nk suh korang makan dlm daun pisang... nak tak???

Huh..beginilah hidup dengan budak2 yg xreti bahasa..bil pon xbabayar lagi..pandai pakai tapi xpandai bayar...STRESSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSS.....

Bila la aku de bini leh tlg wat sume tuk aku kan.... huhuuu...

                                                             - LUAHAN IKHLAS DARI ORANG BUJANG -

p/s: Malasnya nak g Kelas CTU..huhuu..

Thursday, September 15, 2011

1 Malaysia .....Selamat Hari Malaysia

SELAMAT HARI MALAYSIA.....................

1 MALAYSIA..............

mesti ramai duk tido lagi sebab hari ni kan cuti..so jgn lupe gak hayati Hari Malaysia...

Peace Yoo ^_^

Saturday, September 10, 2011

Thank U....

Salam....hai bloggers,

Selamat hari raya..selamat pagi semua..hujng minggu ni mesti ramai open house nak terjah kan....Huhuu..bestnya dapat makan free jimat kos makanan kannn..almaklumlah mesti ramai tengah kering kan da abis bagu duit raya kan...

Huhuu...aku baru hari ni free, so aku nak wish thanks to HAKIM & MOHD KHAIRI atas hadiah yang korang kirim..sory la baru nak upload..hehehhe..so pasni kawan2 yg suke join contest dr bloggers rajin-rajin la terjah bloggers yang lain....

*** kad raya form HAKIM & Keychain from MOHD KHAIRI...kalau korang nak tau macam mana aku dapat hadiah nie..

sila KLIK HERE http://haziz86.blogspot.com/2011/06/contez-saya-kenal-sangat-si-hakim-tu.html

 atau

p/s: Jom g Open House...  ^_^

Dadali - Disaat Aku Mencintaimu

I love This Song...Lagu ni Khas Buat SI DIA... Jom Karok...

Tuesday, September 6, 2011

Raya..Open House..Makan - Makan

Salam bloggers,

Selamat hari raya...sebulan kita berpuasa kan..so hari2 kat opis pelbagai juadah kuih raya di sajikan...mentang-mentangla raya sebulan so kuih raya pon makan la sampai sebulan....

Jadual bulan ni mmg pack, start mgu lepas lagi undangan open house penoh...memang rezeki la..yg paling aku suke?..sep bajet duit makan aku..hehe..maklumla da bes raya duit pon mengalir macam air...asyik keluar nak bagi duit raya jew..seb bek dah besar2 ni dapat lagi duit raya..hehehehe

So korang semua jangan lupe ziarahi kawan2, sanak saudara di musim perayaan ni..dan jangan lupe Puasa Sunat 6 dan ganti kepada mereka yang tinggal puasa yea..hehehhe....

Sampai sini lah dulu coretan ku, nak sambung makan kuih raya lagi nie..hehehe..mana almond london aku nie...sapa yg sebat??

p/s: Sesapa nak wat open house jangan lupe roger2 aku yea..hehehe  ^_^

Sunday, September 4, 2011

I'm Falling In LOVE

Lagu yang aku paling suke..hehehe...ko rasa kenapa yea???

" Selamat Menonton"

Thursday, September 1, 2011

Alamak aku keseorangan di opis...

Salam bloggers..

Mesti korang semua duk tgh tido ZzzzZzzz..tak pon duduk g beraya lg..jelesnya...Aku plak da start bekerja.. Tapi yang aku bosan sangat ni sbb aku sorang je kat opis nie..yang lain duk beraya lagi..Arghhhhhhhhhhhhhhhhhhhh rasa nak menjerit je dlm opis nie..huhuhuuu....

Kepada yang bekerja ari ni.Selamat Bekerja..hehehe....Kita adalah Pekerja yang Cemerlang....

p/s: "Berkhidmat Untuk Negara"

Sunday, August 28, 2011

Selamat Hari Raya

SELAMAT HARI RAYA
MAAF ZAHIR & BATIN

p/s: Apasal kek aku ni len mcm jew???

Friday, August 26, 2011

I'm At Hometown

Salam.....

Mesti korang sume duk busy packing baju, kemas umah, ye lah da xsabar nk balik kg...BALIK KG....OHHH BALIK KG..
Macam lagu Sudirman...Aku pon baru sampai kg dari KL td..hehehe..jalan ok.cume abang2 polis ramai menunggu anda di tepi highway...So berhati-hati memandu pulang ke Kampung..jgn sampai kena saman pulak..nnt xberaya pulak....

Perjalanan aku dr Sg buloh ke Tg malim lebih kurang 40min jew..so after opis hours aku pon duk cabut si excited nak balik umah..hehehe..walaupun seminggu aku baru keje di Sana tp tetap windu  umah....

Paling benci adalah semalam, aku tersangkut hampir 2 jam di Plaza Tol Batu 3 menuju ke Shah Alam...Pe la diorg ni eh sampai jem2..tension rasany......

Apa pon Aku da sampai Kg dan start cuti sampai 1 hb..manakala 2hb aku start keje.uwuwuauauwuauauwuaaa............

SELAMAT HARI RAYA & MAAF ZAHIR BATIN

PANDU CERMAT JIWA SELAMAT

INGATLAH ORANAG YANG TERSAYANG....

 - Salam Lebaran Syawal  - 

P/s: Thanks to mohdkhairi for ur gift 1st giveaway.... ^_^

Wednesday, August 24, 2011

Hampir Kemuncaknya....

Ramadhan bakal berakhir....syawal pula bakal tiba..

Mesti rasa sedihkan...........dan gembira kerana nak sambut raya..yeahhhh raya...........dam dam dooommm bunyi mercun..lagu - lagu raya pon byk da di putarkan....  TAPI....................

Jangan lupe kita bakal menyambut hari Kemerdekaan negara yang ke 54......1 Malaysia................

Selamat Hari Kemerdekaan & Selamat Hari raya...............

p/s: Mood keje xde la..nak raya jew

Monday, August 22, 2011

New Place..New job

Hai..salam..

Sory guys lama xupdate blog..sejak berpindah tempat keje baru ni busy bebenor (kata org perak)... Al maklumla..tempat baru so keje byk la yg baru...

Kat sini aku ditugaskan di unit perolehan untuk membuat LO ( Local Order) di samping menguruskan stor... ini memang baru la bagi aku..selama 3 thn keje xpenah aku wat stor..ada ke patut bulan2 poseni aku kna susun & ke,as stor KIMIA..nak mampos ke apa??? tu yg aku hangin duk tempat baru..

Lagi satu xde internet..aduhh..internet sume block.... haram jadah la...lg la aku hangin..ermmmm...

Apapun lebih kurang seminggu kita naka raya...jangan lupe Shopping raya yea....

SELAMAT HARI RAYA - MMAF ZAHIR BATIN

p/s: Takde sape nak bg aku kad raya tahun ni...

Wednesday, August 17, 2011

SELAMAT TINGGAL - bye bye - Sayonara....

Assalamualaikum....Apa khabar bloggers? sihat?

Hari ini merupakan hari terakhir aku bertugas di SINI ( PKD HULU SELANGOR)... terasa berat hati nak tinggalkan tempat tapi apakan dayaku...

Banyak pengalaman yg aku dapat selama 2 tahun berkhidmat diSINI...manis, pahit , kawan2 dan tunjuk ajar dari rakan - rakan memang amat - amat aku hargai..

Thanks to DR (pegawai kesihatan), Eo ( Pn Aishah), Cc (Hj Hassan & Masitah) and my friends.....
Insyallah kalu panjang umor kita jumpa lagi..Luv U....... MUUuuahhhhhhhhhhhhh.... ^_^

unit pentadbiran PKD HULU SELANGOR

p/s: mesti korang tau yang mana aku kan ???

Monday, August 15, 2011

Bersiap sedia

Salam...Selamat berpuasa guys..

Sory sudah lama xupdate blog nie..terasa macam da di lupakan saja..Oh tidak.... blog ku nyawa ku...

Aku ari ni second last day kat opis lama..so byk benda nak di kemaskan....brg2 aku sume nak pack dan nak serah tugas kepada orang lain....

Terasa sedih nak pindah...dan nervous pulak nak g tempat baru....hatiku tertanya - tanya : -

 - Adakah tempat baru sama macam tempat lama??

 - Adakah tempat baru ni akan meriah macam tempat lama ??

 - Adakah keje yang akan aku lakukan sam dengan kerja lamaku ??

- Yang paling penting..adakah tempat baru aku leh online..supaya senang nak update blog...huhuuu....

Ok nak sambung kemas lagi....rupanya banyak harta karun aku kat sini..hahahaha

p/s: Kawan - kawan nak souvenier....byk teddy bear ni??

Monday, August 8, 2011

"#1 GIVEAWAY SIMPLE : NASZ RANDOM CHOICE"

Kalau korang semua nak join this contest please CLICK HERE....

Saya Segak Berbaju Melayu

Assalamualaikum...Salam 1 Malaysia...

Selepas aku join contest HAKIM & HAIRIE...so teringin pulak nak join this contest...apa yang menyebabkan aku nak join adalah aku penah menang contest sebelum ini..so nak cuba nasib la...Mana tau kalo menang kan rezeki raya namanya.....
So korang - korang semua..jangan duk baca je jom ramai - ramai kita join contest ni...sila KLIK SINI

Sini aku nak tunjuk kepada korang - korang semua baju Melayu yang aku reka,design dan kaler yang penah aku pakai sepanjang raya..mana la tau kalo korang ni masih buntu, tiada idea nak wat theme apa? atau color pe..so sini ada panduan & contoh...selamat cuci mata..  ^_^

Ni baju mula - mula aku tempah tahun 2008
TEMA : SONGKET
COLOR: MERUN
KAIN: SONGKET PAKISTAN
( Macam nak g nikah kan?? hehehe)

Ni pulak tahun 2008/2009

TEMA: GLAMER ABES
COLOR: PURPLE 2K
KAIN: SATIN
(di apit oleh wanita-wanita cantek di opis la MTD)
**napa plak tag nama aku tu senget*spoiled
**masa ni aku first time keje setelah abes stdy so kat finance dept ni akulah palimg muda dan HOT**

ni pulak pic tahun 2009

TEMA : NATURAL
COLOR: HIJAU EPAL
KAIN:SATIN

**Ni time open house raya tahun 2009 di opis PKD with my friend FAIZUL...
**look so good right?? aku suka baju ni sebab tak perlu beli butang baju sebab aku tempah da siap dgn butang..
**dapat ilham nak wat design macam ni sebab tgk baju artis yg glam2 abes..so aku pon taknak mengalah jugak :)

this time tahun 2010

TEMA: ALA2 BOLLYWOOD
COLOR: BIRU MUDA
KAIN: SARI INDIA

**masa ni aku nak cuba plak kain yang lain dr yang lain iaitu SARI dr INDIA..bayangkan kain sari boleh buat baju melayu?
**cantik kan..hari jumaat aku akan memakai baju melayu ke opis..

TAHUN 2011????
TEMA:
COLOR:
KAIN:

**Nak tahu apa baju raya aku tahun ni..jangan lupe tunggu raya nanti..
**Kat kedai lagi tak siap..harap2 sempat la siap sebelum raya...

p/s: so korang sume da dapat ilham nak buat baju raya?

**baju melayu adalah warisan kita,oleh itu sentiasa lah memakainya..

SEGAK KAN AKU BERBAJU MELAYU.....^_^

Sunday, August 7, 2011

Aku Menang...

Salam bloggers...

Da seminggu kita berpuasa kan..terasa cepat masa berlalu.....anda puasa tak? jangan puasa yang yok....korang semua da besar panjang....hehehe..lain la perempuan sebab dia ada alasan yang memang patut tak boleh puasa...tettttttttttt ( paham2 je la..)

Entry aku hari ni nak cerita actually benda ni rupanya da lama tapi macam mana hari ni aku baru perasan..damnn...

Aku kan penah bilang denagn korang, aku ada join contest HAKIM & HAIRI.. so tak sangka aku menang..yeahhhhhhhhhh ..tahniah..tahniah...hehehe.. (perasan betul aku ni)..
walaupun bukan 1st prize tapi aku tetap syukur kerana 1st time join contest leh menang..hehehehe....
ko hado??

Nak tau apa yang membuatkan aku menang sila klik di SINI - hakim & SINI - Hairi

Tenkiu uols..harap2 lepas ni leh menang besar pulak....SELAMAT BERPUASA :)

P/S:Apa ek hadiah yang diorang nak bagi kat aku...tak sabar rasanya..hehehe

Thursday, August 4, 2011

Tangan yang memberi lebih baik dari yang menerima.....

Salam sejahtera semua blogers,

Puasa tak korang hari ni? jangan puasa yank yok ok..korang da besar semua kecuali pompuan sebab ada EXCUSE..hehheehe....

Hari ni aku nak korang yang berhati murni, yang sukakan charity program, ubtuk join or LIKE this page sempenan bulan Ramadhan yang mulia ni marilah sama - sama kita membantu kepada mereka yang lebih memerlukan walaupun bukan dalam wang ringgit tetapi usaha atau bantuan yang anda beri itu walaupun kecil tapi amat bermakna kepada mereka....

Bak kata pepatah
" tangan yang memberi lebih baik dari yang menerima"

or

katau anda boleh SEARCH di page FB..

p/s: Marilah kita beramal jariah untuk bulan yang mulia ini. ^_^

Tuesday, August 2, 2011

Sunday, July 31, 2011

SELAMAT BERPUASA.....

Assalamualaikum...salam ramadhan semua...

hari ni 1st day puasa..korang sume puasa tak??? jangan puasa yang yok ye..sume da besar panjang .bukan kanak-kanak kecil yang berumur 4-7 tahun...so jgn nak cari alasan!!!

Di sini saya ingin mengucapkan "SELAMAT BERPUASA" dan "SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN INI PENUH KEBERKATAN"...

P/S: tak sabar nak g soping makan kat bazar ramadhan... :)

Wednesday, July 27, 2011

Selamat Tinggal PKD

Salam para - para blogers semua......

18/07/2011 - Genap la 2 tahun aku bekerja di SINI. terasa masa berlalu dengan begitu pantas.Lantaran itu, pertukaran aku ke tempat baru bermula... kan aku ada bgtau untuk entri sebelum ni Klik SINI  aku bakal bertukar..maka semalam telah diadakan sambutan majlis perpisahan....

Suasana sedih terasa semasa majlis sambutan aku ni..Aku memng la nak pindah sana sebab dekat tapi di sini aku rasa da macam keluarga so berat hati ini untuk melangkah pergi....

So ni antara photo yg sempat diSNAP untuk tontonan umum..hehehehe....

 Tiramisu Cake

 Wif My BOSS

 Smile ^_^

 Staff PKD

Sole2..

P/s: Malam ni MALAYSIA bakal Mengaumm membaham SINGApura..Jom ke Stadium

Sunday, July 24, 2011

Corat Coret

Salam bloggers....

Almost 2weeks aku xupdate blog aku.....gara - gara contest aku xdapat sambutan..dengan rasminya contest aku tu ditutup..hahaahha..sedey uols... so aku bg la jawapannya adalah.....JIMAT duit aku.hahahaha..

59444

Ok..bab contest dah lepas... now ke mana aku menghilang selama ini???

Mula - mula aku pergi kenduri kawan opis aku Mohd Faizul & Husnadia di Raub, Pahang...SELAMAT PENGANTIN BARU..arghhhh jeles kawan2 aku da kawen..bila lagi aku??? ( jawapannya bulan 12 tahun 20__) hahahha.....

So sweet ^_^

After kenduri aku dgn kawan2 apalg terus kan menjelajah ke Cameron Highlands via pos betau . Perjalanan memakan masa 1 jam 30 minit.... apalg kalo da sampai sana ni adalah tempat yang sempat aku terjah....

posing depan TEh Cameron Bharat

 di himpit 2 dara pingitan

 @ ladang teh

 Kedai Bunga rose

After ke cameron penjelajahan aku diteruskan lagi ke Sg. Lang Sabak Bernam iaitu untuk menghadiri kursus Bayaran Kerajaan selama 3 hari 18-20 Julai 2011..First time aku g IPN ni memang la syok sebab tepi laut.bayangkan kursus tepi laut sambil ditiup angin2 sepoi bahasa..ermmmmm..memang layan la...... sori la pic IPN xsempat nak tangkap..yang best dapat makan MEE udang..sini memang fames dengan MEE UDANG.. tak sah kalau datang sini tak mencuba. kedainya terletak di Perkampungan cina, Bagan Nakhoda Omar (BNO) betul2 tepi laut..huhuuuu....

Bercanda tepi pantai..

 Apsal terbalik nie...POSE

 Makan time

 Mee Udang ..Yummy

 Bersama kawan-kawan kursus

Sunset

itula dia corat coret aku sepanjang 2 minggu nie..so today masuk opis kerja bersepah - sepah..Arghhhhhh
So. u guys....sampai sini dulu entri aku. Bos aku da panggil..let's con't work....

p/s : Jom gegar Stadium Bukit Jalil bersama Harimau Malaya.....MAS vs SIN